aktiviti akan datang

Tiada aktiviti buat masa kini.

adakah anda mengalami masalah berikut?

Pengkomputeran awan membolehkan kerajaan menyampaikan perkhidmatan yang inovatif kepada rakyat dengan lebih pantas tanpa perlu menanggung perbelanjaan besar untuk pelaburan kemudahan teknologi maklumat seperti pusat data, pelayan dan penstoran. Namun, organisasi sering menghadapi cabaran untuk berhijrah ke awan dengan lancar, telus dan yakin.

piawaian teknologi

Kebergantungan kepada teknologi legasi dan kepelbagaian teknologi terkini yang berlaku dengan pantas sering membuatkan organisasi tidak berupaya untuk menaiktaraf infrastruktur IT mereka selari perkembangan teknologi.

penyelenggaraan dan sokongan

Organisasi sering menghadapi kekurangan kepakaran dalam bidang perkomputeran awan yang berkemahiran untuk mengendalikan persekitaran awan pelbagai (multicloud) yang kompleks.

ketelusan dan kecekapan kos

Caj egress yang tersembunyi serta kos-kos bolehubah yang lain menyebabkan ketidakcekapan kos dan perbelanjaan akhir yang melebihi peruntukan.

ketidaksetaraan sistem

Apabila ratusan sistem yang pelbagai dan tidak setara wujud secara berasingan, cabarannya adalah untuk mengintegrasikan setiap sistem tersebut dalam satu ekosistem yang lancar.

memenuhi keperluan waktu puncak

Sistem yang berasaskan on-premise tidak dapat menampung akses yang tinggi pada waktu puncak, menyebabkan prestasi sistem terjejas dan perkhidmatan kepada rakyat terganggu.

kami boleh membantu

TM ONE Cloud α disokong oleh kesalinghubungan awan dan keselamatan siber TM ONE yang tiada tandingan, dan bekerjasama dengan penyedia teknologi global yang terbaik. Ini disokong dengan platform pengurusan awan untuk menguruskan pengerahan awan-pelbagai, dan khidmat nasihat dan perundingan yang komprehensif untuk membolehkan organisasi berpindah ke awan dengan yakin, telus dan kebolehramalan.

infrastruktur
awan

Infrastruktur IT terbaik, membolehkan Institusi kerajaan membangunkan infrastruktur di awan dengan kadar segera, menjimatkan kos, mudah ubah dan selangkah lebih dekat ke transformasi digital.

platform
awan

Platform berasaskan awan yang lengkap, tidak rumit dan fleksibel untuk membina dan mengekalkannya di lokasi.

perisian
awan

Perisian aplikasi, peralatan dan penyelesaian yang fleksibel, mudah untuk digunakan dan boleh dicapai dari mana-mana sahaja.

penyelesaian
komprehensif

Keupayaan menyeluruh untuk pelbagai mod awan dengan rangkaian kesalinghubungan terluas untuk memenuhi keperluan anda.

platform
pengurusan awan

Membantu organisasi menyedia, mengintegrasi, memantau, mengurus, mengatur dan mengotomasi pelaksanaan mereka dalam persekitaran awan hibrid dan awan pelbagai dengan mudah.

perkhidmatan
profesional

Akses kepada kumpulan pakar IT tempatan yang terbesar di Malaysia, bersedia untuk menasihat dan membantu melaksanakan perkhidmatan awan anda.

tco
lebih rendah

Tiada kos pindahan data (ingress/egress) dan kos tetap dalam Ringgit Malaysia.

kecerdasan buatan
dan analitik data

Analitik data dan AI untuk mempertingkatkan penyampaian perkhidmatan digital kerajaan.

Sedia Untuk Maju Ke Hadapan?

Sama ada anda mencari penyelesaian khusus atau ingin berbincang dengan pakar, kami sedia membantu anda.
Bermula di sini