PLATFORM-SEBAGAI-PERKHIDMATAN
(PaaS)

Platform-Sebagai-Perkhidmatan

Untuk memenuhi keperluan pengguna, institusi perlu membangunkan dan melaksanakan aplikasi dalam kitaran integrasi, penyampaian, dan pelaksanaan yang berterusan. Untuk membolehkan pembangunan dan pelaksanaan aplikasi yang pantas, pembangun aplikasi memerlukan platform pembangunan yang tersedia dan dapat menyokong pelbagai persekitaran.

Platform-sebagai-Perkhidmatan (Platform-as-a-Service - PaaS) Cloud α menawarkan platform berasaskan awan yang lengkap untuk membangun, menjalankan dan mengurus aplikasi tanpa kerumitan membina dan menyelenggara di dalam premis.

Bina applikasi anda dengan yakin bersama
Cloud Alpha PaaS

Pembangun aplikasi perlu menumpukan perhatian pada tugas utama iaitu membangunkan aplikasi, bukannya menghabiskan masa untuk menguruskan infrastruktur. Perkhidmatan berasaskan langganan yang tersedia membolehkan pembangun membeli sumber tambahan atas permintaan. Dengan Cloud α PaaS, pasukan IT anda dapat melaksanakan aplikasi web dan mudah alih ke awan dalam masa beberapa minit. Institusi kerajaan kini boleh memenuhi kehendak rakyat dan berinovasi dengan lebih pantas.

Pengkalan Data
(Database)
Kontena
(Container)
Pengurusan
(Management)
Aplikasi & Perisian Tengah
(Application & Middleware)
Migrasi
(Migration)
Kecerdasan Perusahaan
(Enterprise Intelligent)

Relational Database Service.
Untuk keperluan pengkalan data anda

Untuk pangkalan data yang berprestasi tinggi, dilengkapi dengan ciri keselamatan yang unggul, efisen, konsol yang mudah digunakan dan memiliki kebolehpercayaan yang tinggi, RDS for MySQL membantu pembangun aplikasi mengurus pangkalan data dengan lebih cekap.

Dengan Ciri-Ciri Utama

Pengkalan Data
(Database)
Keselamatan
(Security)
Migrasi data
(Data migration)
Ketersediaan Tinggi
(High Availability)
Pemantauan
(Monitoring)
Penskalaan Anjal
(Elastic Scaling)
Sandaran dan Pemulihan
(Backup and restoration)
Pengurusan Log
(Log Management)
Konfigurasi Parameter
(Configuration Parameter)

Perkhidmatan Kontena

Enterprise Container Service berasaskan K8S dan Docker

Terbuka

  • Sokongan untuk versi Kubernetes dan Docker asal.
  • Penyumbang utamakomuniti Kubernetes dan Docker.
  • Disepadukan dengan Github dan Gitlab untuk dijadikan sumber kepada imej.

Gred perusahaan

  • Peningkatan komersil berdasarkan sumber terbuka dan maklumbalas kepada komuniti.
  • Prestasi 20% lebih tinggi daripada versi komuniti.
  • Senibina ketersediaan tinggi diseluruh zon ketersediaan.
  • Penskalaan anjal yang pantas.

Mudah digunakan

  • Mewujudkan kontena secara automatik.
  • Pengemaskinian berterusan dalam satu klik.
  • Perlaksanaan sehenti dan operasi penyelenggaraan aplikasi dalam kontena.
Penyelesaian kontena menyeluruh

Penyelesaian kontena awan yang hibrid dan pelbagai.

Penyelesaian berkelompok bagi komputasi yang berasaskan Kubernetes.

Penyelesaian pengkomputeran tepi pintar.

Sedia Untuk Maju Ke Hadapan?

Sama ada anda mencari penyelesaian khusus atau ingin berbincang dengan pakar, kami sedia membantu anda.
Bermula di sini