PENYEDIA PERKHIDMATAN AWAN (CSP)

Telekom Malaysia Berhad (TM) merupakan penyedia infrastruktur sambungan dan digital negara dan syarikat telekomunikasi bersepadu terkemuka di Malaysia; yang menawarkan himpunan perkhidmatan dan penyelesaian komunikasi yang menyeluruh dalam perkhidmatan tetap (telefoni dan jalur lebar), mobiliti, kandungan, WiFi, ICT, Awan dan perkhidmatan pintar. TM didorong oleh penciptaan nilai pihak berkepentingan dalam persekitaran yang amat kompetitif, serta memberi tumpuan kepada penyampaian pengalaman pelanggan yang dipertingkatkan melalui usaha-usaha peningkatan kualiti dan inovasi khidmat pelanggan berterusan, sambil memfokus kepada peningkatan kecekapan operasi dan produktiviti.

Sebagai pemacu aspirasi Digital Malaysia negara, TM sentiasa menerajui setiap evolusi teknologi telekomunikasi negara, dan akan terus berbuat demikian. Syarikat menyediakan nadi komunikasi buat Malaysia dengan ketersambungan dan rangkaian bersepadu terluas. TM kekal komited untuk terus memperluaskan rangkaiannya kepada infrastruktur digital yang komprehensif – apabila Syarikat melangkah melangkaui perkhidmatan sambungan kepada perkhidmatan digital bernilai tambah yang baharu – untuk memenuhi gaya hidup dan masyarakat yang lebih digital, perniagaan digital dan Kerajaan digital – ke arah menjadikan “Hidup dan Perniagaan Lebih Mudah demi Kesejahteraan Malaysia”.

visi kami

Untuk menjadikan kehidupan dan perniagaan lebih mudah demi kesejahteraan Malaysia.


misi kami

Kami menyampaikan hidup lebih mudah:

  • Kepada pelanggan, melalui pengalaman komunikasi gaya hidup konvergen.
  • Kepada perniagaan, secara berkolaborasi dan memberi sokongan melalui penyelesaian bersepadu.
  • Kepada negara, dengan menyokong pembangunan sosio-ekonomi melalui pendidikan, inovasi dan inisiatif-inisiatif sosial.

penyelesaian kami

Perkhidmatan Awan

Selaraskan perjalanan awan mengikut keperluan anda. Cloud α menghimpunkan perkhidmatan awan yang menyeluruh, profesional dan terurus serta disokong oleh rakan-rakan teknologi bertaraf dunia

Perkhidmatan Keselamatan Siber

Perkhidmatan keselamatan, TM ONE CYDEC, menguruskan keselamatan siber pada rangkaian swasta dan awam secara berterusan, masa sebenar dan menyeluruh. Penyelesaiannya yang pantas, kos efektif, mudah ubah dan fleksibel memberikan kepercayaan digital untuk membina ekosistem Malaysia Digital.

Perkhidmatan Kesalinghubungan

Membolehkan transformasi digital yang ditentukan oleh perisian dan penyelesaian capaian untuk memberi tumpuan kepada seni bina infrastruktur dan kecekapan anggota dengan menggunakan TM ONE Connectivity.

Perkhidmatan Pusat Data

Pusat Data Teras Berkembar TM ONE diperakui dengan piawaian dan pensijilan industri utama seperti PCI-DSS, ISO/IEC 27001 dan Reka Bentuk dan Kemudahan Pembinaan ‘Uptime Institute Tier III’. Ia mematuhi kedaulatan dan penghunian data kerana data pelanggan disimpan dalam penstoran tempatan di Malaysia.

Perkhidmatan Kerjasama

Akses kepada komunikasi yang bersepadu berasaskan awan untuk meningkatkan kolaborasi, inovasi dan kecekapan, mempercepat proses membuat keputusan, memperkasa pekerja, dan meningkatkan pengalaman pelanggan. Transformasi ke komunikasi berasaskan Opex yang fleksibel dan bersepadu.

Perkhidmatan BPO

Penyumberan luar gaji, sumber manusia, perakaunan, sokongan teknikal, operasi pusat panggilan, dan pengurusan media sosial. Akses kepada amalan terbaik dan langkah jaminan kualiti untuk meningkatkan keuntungan dan kecekapan. Fokus kepada perkhidmatan teras, sambil menurunkan CAPEX dan TCO.

Perkhidmatan Pintar

Perkhidmatan Pintar TM ONE menggunakan IoT bagi meningkatkan perkhidmatan profesional dengan mewujudkan visi perkhidmatan pintar, penyelesaian pra-arkitek untuk mempercepatkan pelaksanaan dan perkhidmatan terurus untuk mendorong penyelenggaraan dan inovasi aplikasi.

blok utama kami

  • Memacu digitalisasi kerajaan dengan teknologi, infrastruktur dan keupayaan yang tangkas.
  • Membantu menghubungkan agensi kerajaan dengan lebih meluas tetapi tepat melalui pelbagai saluran.
  • Menurunkan Jumlah Kos Pemilikan (TCO) dengan membolehkan agensi kerajaan menyesuaikan diri dengan Model Penghantaran Awan.
Infrastruktur Bertaraf Dunia
  • Pusat Data Khusus
  • Kesalinghubungan Kukuh
Penyelesaian Berkualiti
  • Penyelesaian Pasaran
  • Perkhidmatan Awan
Sokongan Khusus
  • Sistem Sokongan
  • Saluran Omni
Transformasi Digital Holistik
  • Perkhidmatan Digital IoT
  • Warganegara Pintar

Sedia Untuk Maju Ke Hadapan?

Sama ada anda mencari penyelesaian khusus atau ingin berbincang dengan pakar, kami sedia membantu anda.
Bermula di sini